Blog Archive

Friday 25 March 2016

Daging Kambing Rebus Bersama Daun Saderi


Daging rebus bersama daun saderi ataupun lebih dikenali sebagai Khoresht Karafs ni adalah makanan kegemaran orang- orang Parsi ataupun pada hari ini dipanggil negara Iran. Masakan ini adalah masakan kegemaran mereka dibahagian utara. Keistimewaan masakan jni bukanlah daging ataupun daun saderi, Walaupun kedua-dua bahan ini menjadi tajuk masakan tetapi adalah daun daun herba yg ada didalam lebih lagi limau kering yg hanya dpt dibeli di pasaraya parsi sahaja.

Pada hari raya mereka saya dijemput oleh salah satu kawan Iran saya dan pada hari tersebut ibu kawan saya ini pula menyediakan masakan istimewa ini. Tetapi lpada hari tersebut juga saya sudah gemar dan kedang kala saya juga,mengidam untuk merasa semula. Masakan ini memang sukar di cari walauoun dimana-mana restoran Iran di Malaysia.

Cara- cara untuk menyediakan makanan ini mudah sahaja. Mungkin bahan-bahan untuk memasak agak sukar dicari dimana- mana supermarket ataupun hypermarket tempatan. Tetapi janganlah risau, Kedai Runcit Persian atau Arab begitu banyak di Kuala Lumpur atau Selangor sekarang. Lagi-lagi disekitar Ampang Point ataupun area Serdang.



Bahan Bahan untuk memasak
200g daging kambing
1 batang daun leek
1/2 ikat daun bawang/ kuchai
1 ikat daun saderi
1 ikat daun parsley
1 ikat daun ketumbar
1 ikat daun hilba segar/ cawan daun hilba kering
1 ikat daun pudina segar/ 3 camca teh daun pudina kering
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh basil kering
1 cawan jus lemon
2 biji limau telah dikering
3 ulas bawang putih

Cara- cara penyediaan
1. Potong daun saderi dalam 1 inci kecil. Cincang daun parsley, ketumbar, daun hilba/ daun hilba kering dan rebusnya terlebih dahulu. Apabila bahan- bahan telah pun dimasak, alihkan kesemua bahan ke dalan mangkuk yang bersih. jangan campurkan air rebusnya dan biarkan.

2. Hiris daun leek, daun bawang/kuchai dan cincang daun pudina dan juga bawang putih dengan halus. 

Cara - Cara memasak.
1 Sediakan periuk masak dan masukkan. Panaskan 3 camca makan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dicincang . Kemudian masukkan daun leek & daun bawang/kuchai dan juga basil kering dan ditumis untuk seketika.

2.Apabila bahan- bahan tadi telahpun naik wangi. Masukkan daging kambing dan daun saderi berserta herba yang direbus terdahulu didalam. Masukkan juga daun pudina segar dicincang ataupun yang kering. Ditumis untuk seketika sehingga daging kambing dimasak.

3. Letak 500 ml air kedalam periuk tersebut. Masukkan 2 biji limau kering yang sudah dihancur terlebih dahulu dan biarkan dididih dengan api yang perlahan sekurang-kurangnya 1 jam.



4. Masukkan jus lemon dan gaulkannya untuk seketika. Masukkan garam dan lada secukup rasa.  letak 2 cubit gula kedalam jikalau bagi sesetengah orang tidak menyukai makanan berpahit. Biarkan dididih selama 15 minit. 


 Masakan yang berselera ini boleh timbang nasi 2 kali!!!





No comments:

Post a Comment